Parti STAR Pru 14 Parti_Solidariti_Tanah_Airku

Selesai sudah Pilihan Raya Umum (PRU) kali ke-14. Tahniah buat Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Baru negara ini. Bila menyebut sahaja Malaysia, anak-anak muda masa kini, khasnya di Sabah pasti terbayang akan negara Malaysia adalah kesatuan 13 buah negeri dengan 3 wilayah persekutuan. Tetapi bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang politik sejak daripada zaman Parti Bersekutu Sabah (PBS) ditubuhkan, Malaysia adalah gabungan (4) empat komponen negara iaitu Singapura, Kesatuan Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak. Kenapa wujud perbezaan fahaman ini? Saya ringkaskan sebegini;

1.

Penyingkiran Singapura pada 1965 membawa pindaaan baru kepada Perlembagaan Malaysia, pada masa tersebut perlembagaan ini dikenali sebagai Perjanjian Penubuhan Malaysia. Pindaan ini hanya memberi kesan kepada status penyatuan Singapura, bukan kepada Artikel 8 Perjanjian Malaysia dan 20-perkara hak istimewa Sabah dan Sarawak. Maka, pengamat politik domestik pada masa tersebut masih berpegang pada konsep bahawa Sabah dan Sarawak adalah komponen gabungan bersama Kesatuan Tanah Melayu yang terdiri daripada 11 buah negeri membentuk Negara yang kini dikenali sebagai Malaysia.

2.

Corak fahaman terhadap Perjanjian Malaysia ini mula berubah setelah tumbangnya kerajaan negeri Sabah pimpinan Datuk Harris, Parti Berjaya pada 1985 ditangan Parti Bersekutu Sabah (PBS) yang diketuai oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan. Datuk Joseph selaku Ketua menteri Sabah pada penggal tersebut merupakan abang (ura-ura menyokong) kepada Dr. Jeffrey, pengasas ideologi ynag mencabar Kerajaan Persekutuan untuk menyemak semula Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia terhadap sistem pentadbiran kesatuan negara Malaysia di Sabah dan Sarawak. Isu ini menimbulkan kerisauan Dato’ Dr Mahathir (Perdana Menteri Malaysia pada masa tersebut) akan kredibiliti Datuk Joseph meneruskan legasi Kesatuan Malaysia yang tercabar. Oleh itu, Dr. Jeffrey ditahan atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 13 Mei 1991. Di pilihan raya umum tahun 1994, Barisan Nasional bersama Parti UMNO buat pertama kalinya bertanding di Sabah menentang PBS. Hasilnya, BN menang mejoriti dan UMNO bertapak di Sabah.

3.

Isu penagkapan Dr. Jeffrey membawa lampu isyarat kekal kepada para politikus di Sabah untuk tidak mempersoalkan lagi akan status Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia di dalam perlembagaan Negara, samada ianya berubah, dipindah, atau dihapuskan. Generasi muda di Sabah kini, yang membesar di zaman pemerintahan BN adalah hasil pembaharuan sistem pendidikan negara daripada Akta Pelajaran 1961 kepada Akta Pendidikan 1996. Dalam pelaksanaan akta baharu ini, berlaku pencetakan baharu terhadap buku teks Sejarah Malaysia untuk dipelajari oleh pelajar Sekolah Menengah seluruh negara. Buku teks ini, tidak memperuntukan fahaman jelas akan status kuo Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia adalah spesifik kepada Sabah dan Sarawak. Maka dengan sebab itulah generasi sebelum PBS dan selepasnya memiliki fahaman sejarah Sabah Sarawak yang agak berbeza daripada segi rincian isu kesatuan negara Malaysia.

Kini, Selepas PRU-14 2018Parti STAR telah memenangi satu (1) kerusi parlimen di Keningau dan dua (2) kerusi dewan undangan negeri, DUN iaitu Tambunan dan Bingkor. BN pula berkedudukan seri dengan seterunya, pakatan Warisan DAP Keadilan di kedudukan 29 kerusi DUN daripada 60 kerusi yang dipertandingkan.

Keputusan STAR bergabung dengan BN membentuk kerajaan negeri Sabah mencetuskan kemarahan rakyat Sabah. Sabahan tidak henti-henti bertanya KENAPA harus BN? kenapa tidak dengan Warisan?


Sumber: Google ImageSecara peribadi, mungkin logik yang boleh menjawab soalan tersebut adalah seperti ini;

1.

Dendam peribadi Presiden STAR kepada Tun Mahathir. Datuk Dr. Jeffrey tidak pernah melupakan tindakan Tun M menahan beliau di bawah akta ISA selama hampir 3 tahun. Tun M juga tidak pernah meminta maaf kepada awam akan tindakan beliau ini. Maka, dimana sahaja Tun M berpihak, Datuk Jeffrey tetap akan menolak tanpa kompromi. Bole ekstrak dan analisis penyataan Datuk Jeffrey terhadap Tun M di sini: FMT Online, September 2017;

2.

Warisan ditolak oleh Datuk Jeffrey kerana Datuk Safiee adalah bekas penggiat UMNO dan pro Tun M. Polisi STAR adalah menidakkan cengkaman kuasa kerajaan persekutuan dan mengeluarkan UMNO daripada Sabah. Idea gabungan STAR dengan Warisan dilihat bercanggah dengan manifesto parti.

Tapi kenapa BN? beliau melihat wakil rakyat BN yang menang kali ini terdiri daripada pakatan yang pro kepada PBS. Mereka ini secara pukal adalah pembangkang kepada tampuk kepimpinan kerajaan persekutuan baru yang dipimpin oleh Tun M. Musa Aman yang dilihat sebagai anti Tun M, pula menawarkan untuk membubarkan BN dengan membuat kesatuan parti baharu. Maka beliau memilih BN, walaupun secara peribadinya saya melihat Datuk Jeffrey tidak sebulu dengan Musa Aman.

Sungguh menarik pergolakan kesatuan parti di Sabah kali ini.

Namun, ada satu persoalan yang harus dijawab sendiri oleh Datuk Dr. Jeffrey. Kenapa berpakat dengan Musa Aman?

Datuk Jeffrey bertanding atas tiket menolak Kerajaan Persekutuan yakni BN pada PRU ke-14. Jika benar dua andaian saya di atas bersifat spekulasi, kenapa tidak Datuk Safie diangkat sebagai Ketua Menteri Sabah?

Tindakan Datuk Jeffrey memilih Musa Aman boleh dihukum sebagai bentuk pengkhianatan kepada undi mejoriti rakyat di Sabah.

Oleh itu, saya sifatkan perjuangan STAR sebagai CULAS. Jika isu yang kurang kompleks seperti ini pun tidak mampu diselesaikan dengan baik, membelakangan suara mejoriti.., bagaimana mungkin STAR mampu menyelesaikan isu “Fahaman Sejarah” penubuhan Malaysia kepada generasi masa kini? Isu ini jauh lebih kompleks daripada isu politik yang STAR hadapi di PRU-14 kini. Mudah bicara, STAR terbukti tidak ada kradibiliti sebagai pemimpin Sabah dalam revolusi “Sabah untuk Sabahan”.[]

Rujukan

WikiPedia: Parti_Solidariti_Tanah_Airku http://star-sabah.blogspot.com/2016/01/star-sabah-... http://mylovelynney.rumahpanjai.com/2009_03_01_arc... http://sabahkini.com/star-fully-committed-to-usa-a... http://www.theborneopost.com/2016/07/15/reformed-r... https://m.facebook.com/STAR-SABAH-905699369513791/ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://www.sabahnewstoday.com/star-sabah-tambah-k... https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/28/... https://www.starsolidariti.org/